Tuesday, August 5, 2008

Untuk Kesuburan

Secara amnya;
-Sperma lelaki dan telur wanita tidak terbentuk dalam masa yg singkat. Ia memerlukan masa sekurangnya 3 bulan supaya badan kedua lelaki dan wanita dapat menghasilkan benih-benih yang sihat.
-endometriosis- bagi wanita kadangkala menyebakan rasa sakit bila intercourse. I experienced that before. I felt weird sbb rasa kenapa org lain mcm enjoying the relationship but I was in pain. Malu betul nak jumpa doctor time tuh, tp last2 ms kena cyst tuh doctor soal jugak…
-Cyst kalo less than 4-5 cm, leh mengecut, but more than that biasanya terpaksa dibuang.
-endometriosis sometimes boleh menyebabkan kita rasa pesimis..no doubt kan?i’ve been too..buangkan perasaan tu. Get on with life!
-Give your health the space, relaxation, exercise and good nutrition…
-Yes of course..we are very lucky that Allah will be always listening to us..

Lelaki
-Sperma lelaki bergantung kepada diet lelaki itu selama 3 bulan sebelum conception. Pendedahan kepada alcohol, rokok dan dadah yg melampau serta bekerja dengan bahan kimia berbahaya, makan terlalu byk makanan diproses dan kurang makan sayuran serta buahan boleh menyebabkan kualiti sperma yg rendah dan defective.
-Kimia berbahaya ini mungkin tergolong daripada pesticide yang boleh mimic hormone wanita, dan alat-alat electric yang menghasilkan medan magnetic yg kuat.
-Bhn lain seperti phyoto-oestogen.
-Spermatogenesis mengambil masa 120 hari untuk baik pulih sekiranya terdedah kepda mutagen. Sekiranya sperma termusnah disebabkan bahan-bahan kimia lelaki tersebut perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk 3 bulan seterusnya untuk pengeluaran sperma baru dibuat.
-Kepala sperma kaya dengan zinc yang membantu ia penetrate pada ovum.
-Vitamin C menghalang sperma termusnah akibat radikal bebas.
-Vitamin E menambahkan keupayaan sperma untuk fertilize telur di test tubes.
-Vitamin B12-improve sperm count and motility, kalau kurang can lead to sterility.
-Magnesium-kekurangannya dikaitkan denga perubahan mutagenic dan infertility.
-kesemua vitamin ini diperlukan tetapi tidak boleh berlebihan, sbb kalau berlebihan boleh menyebabkan perubahan mutagenic.

Wanita
-Keperluan ova
-Diet protein yg terlalu rendah dan terlampau tinggi menyebabkan sedikit sahaja ova matang dan dilepaskan. So means kena moderate.
-Sistem endocrine memerlukan coenzim riboflavin (B2), pyridoxine (B6), dan biotin utk metabolisma protein yang cekap.
-Kekurangan thiamine (B1) menghalang ovulasi.
-pengeluaran hormon2 ovari yang optimum memerluakan pyridoxine (B6), riboflavin (B2), folic acid, thiamine (B1), pantothenic acid (B5), mineral-calcium n iron.
-Vitamin B, magnesium, dan zinc diperlukan oleh hypothalamus yang merupakan starting point kepada pengeluaran hormon2 lain.
-ada juga researchers menyarankan vit C, iodine, selenium, dan juga vit B,magnesium,essential fatty acids dan zinc – senang citer multivit and multimineral la…
-ZINC-paras copper yg tinggi, zinc yang rendah, dan selalunya magnesium rendah ditemui selepas pengguna pills-refering to contraceptive pills.
-Logam berat seperti lead dr petrol dan cadmium dr rokok, copper yg tinggi dlm coklat berlebihan adalah antaogonist kepada zinc.
-Bila gandum yg berlebihan diambil, phytic acid yang ada dalam gandum akan terikat kepada zinc dan mengelakkan zinc diserap oleh badan.

No comments: